fbpx

Genie sedia kelengkapan tidur khas untuk bayi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jenama kelengkapan bilik tidur, Getha memperkenalkan sub jenama baharu iaitu Genie yang memfokuskan kepada penyediaan kelengkapan tidur untuk bayi sempena ulang tahun penubuhannya yang ke-52.

Bagi tujuan tersebut, Getha membuka premis baharu Genie by Getha di pusat beli-belah Midvalley Megamall, Kuala Lumpur yang menawarkan rangkaian penuh produk Genie termasuk tilam dan katil bayi, bantal, cadar, selimut serta produk penjagaan kulit.

Getha menerusi siaran akhbar yang dikeluarkan di sini berkata, bayi memerlukan perhatian dan penjagaan tambahan yang mendorong pihaknya mewujudkan jenama khusus buat mereka.

Tambahnya, pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak pada peringkat awal amat bergantung kepada tidur yang berkualiti serta mencukupi, malah bayi baru lahir ke­biasaannya menghabiskan lebih banyak masa untuk tidur daripada berjaga.

“Untuk itu, kami menggunakan menggunakan bahan terbaik, antaranya sutera tulen yang dihasilkan secara mampan daripada ulat sutera yang memiliki kilauan halus dan rasa mewah lembut serta anjal, sesuai untuk kulit bayi,” jelas kenyataan tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI