fbpx

Feri ‘water bus’, ‘vehicle transporter’ di Pulau Pinang tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sistem pengangkutan air di Pulau Pinang dijangka menggunakan feri jenis ‘water bus’ dan ‘vehicle transporter’ menerusi perkhidmatan feri Pulau Pinang bermula penghujung tahun hadapan.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Henry Sum Agong berkata, perkhidmatan feri itu akan dilaksanakan secara berperingkat sekali gus membolehkan ia kekal relevan dalam memenuhi kehendak pengguna.

“Ketika ini, Penang Port Sdn.Bhd. dalam proses melaksanakan model perniagaan perkhidmatan feri baharu selepas pengambilalihan bermula 1 Januari lepas.

“Selaras pengambilalihan itu semula, feri-feri lama telah dihentikan operasi berikutan keadaan feri yang usang serta tidak efektif dan selamat untuk terus digunakan,” katanya di Dewan Rakyat di sini tadi.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan RSN Rayer (PH-Jelutong) yang mahu mengetahui langkah dilaksanakan kerajaan berhubung proses penyelenggaraan dan pemulihan feri Pulau Pinang.

Katanya, operasi feri Pulau Pinang ketika ini menggunakan feri yang disewa oleh Penang Port Sdn. Bhd. bagi membawa penumpang dan juga kenderaan dari tanah besar ke bahagian pulau.

“Dengan pengenalan perkhidmatan feri baharu itu nanti, kerajaan Persekutuan akan memastikan operasi feri Pulau Pinang kekal relevan dan memenuhi kehendak pengguna.

“Kerajaan akan memberi jaminan perkhidmatan feri Pulau Pinang akan diteruskan tanpa sebarang halangan demi kesejahteraan rakyat,” jelasnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI