fbpx

Dua individu cedera tidak sempat main paragliding

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua pendaki gunung yang melakukan aktiviti paragliding cedera selepas terjatuh di Gunung Kinabalu, Kundasang, hari ini. /FOTO IHSAN BOMBA

RANAU – Hasrat dua individu untuk melakukan aktiviti paragliding tidak kesampaian apabila mereka cedera akibat terjatuh di Gunung Kinabalu, Kundasang, dekat sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu, kedua-dua mangsa ditemui di kilometer 7.5 Summit Trail dalam keadaan sedarkan diri.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.30 pagi.

“Sepasukan empat anggota dan pegawai bersama empat malim gunung dikerah ke lokasi kejadian sejurus menerima laporan kejadian.

“Sebaik pasukan bertugas tiba di lokasi pada pukul 9.30 pagi, mangsa pertama didapati cedera pada bahagian lutut tetapi masih mampu untuk berjalan sendiri dan turun ke kaki gunung.

“Mangsa kedua pula didapati bengkak pada bahagian lutut kanan dan disyaki mengalami kecederaan retak tempurung lutut,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Jelas beliau, pasukan penyelamat kemudiannya memberikan rawatan awal sebelum mengangkat mangsa menggunakan alat pengusung untuk dibawa ke kaki gunung. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI