JOHOR BAHRU – Empat buah sekolah di Batu Pahat yang diarahkan tutup sebelum ini selepas dikesan terdapat kes positif Covid-19 dalam kalangan murid dan pelajar akan mula dibuka secara berperingkat, esok.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya negeri, Mazlan Bujang berkata, empat sekolah itu membabitkan dua sekolah menengah dan dua sekolah rendah di daerah itu.
“Empat sekolah berkenaan sebelum ini diarahkan tutup antara empat dan tujuh hari setelah terdapat kes positif Covid-19.
“Bila menerima arahan untuk menutup sekolah, proses sanitasi dilakukan sebagai langkah keselamatan. Kerja-kerja sanitasi dibuat di semua sekolah berkenaan sebelum sesi pembelajaran secara bersemuka di sekolah dapat disambung semula,” katanya ketika mengempurnakan Majlis Penutupan Karnival Hal Ehwal Murid Peringkat Negeri Johor 2021 di Savannah Hill Resort, di sini hari ini.-K! ONLINE