fbpx

Alhamdulillah mak mula tunjuk respons positif – Anita Baharom

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anita bersyukur ibunya mula menunjukkan respons positif selepas beberapa hari tidak sedarkan diri.

PETALING JAYA- Tiada kata dapat diucapkan oleh pelakon Anita Baharom selain rasa syukur dan berterima kasih apabila melihat ibunya yang sebelum ini berada dalam keadaan tidak sedarkan diri mula menunjukkan respons positif.

Ujar Anita, dia percaya perkembangan positif yang ditunjukkan ibunya, Mirwah Pawanchee adalah berkat daripada doa-doa yang dikirimkan orang ramai yang tidak putus-putus selama ini.

“Assalamualaikum. Berkat doa para sahabat syurga semua. Alhamdulillah. Mak saya yang mana minggu lepas tidak sedarkan diri telah menunjukkan respons, ada tindak balas bila saya bercakap dengan mak.

“Bertalu-talu mohon ampun dan maaf pada mak. Saya tanya mak sayang Ita (panggilannya) tak? Mak jawab ‘yang’ (sayang) Terima kasih mak. Kalimah Allah sentiasa sentiasa di bibir mak mengucap dua Kalimah Syahadah,” ujar Anita.

Kata pelakon berusia 38 tahun itu lagi, dia memohon orang ramai yang mengenali dirinya supaya terus mendoakan kesejahteraan ibunya memandangkan warga emas itu masih mempunyai beberapa lagi komplikasi kesihatan.

“Saya mohon doa semua. Moga Allah SWT permudahkan urusan mak dan diberikan kesembuhan. Amin.

“Mak, kami anak cucu menantu semua sayang mak,” kata Anita yang turut mengucapkan terima kasih dengan memetik beberapa nama kenalan artis antaranya Yatt Hamzah dan Heliza Helmi.

Terdahulu, Anita yang popular menerusi drama Dunia Baru itu memohon doa peminatnya apabila berkongsi keadaan ibunya yang berada dalam keadaan kritikal selepas dimasukkan ke hospital pada minggu lalu ekoran mengalami komplikasi kesihatan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI