SHAH ALAM – Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) menutup sementara semua aktiviti pendakian di dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) di negeri itu bermula esok hingga 31 Januari tahun depan
Pengarah JPNS, Datuk Ahmad Fadzil Abd. Majid berkata, tindakan akan diambil sekiranya terdapat mana-mana pihak yang melanggar arahan terbabit di bawah Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara 1985.
“JPNS akan menutup sementara semua aktiviti pendakian di dalam HSK Selangor berkuatkuasa mulai 1 Disember 2021 hingga 31 Januari 2022.
“Pelanggaran terhadap notis ini boleh diambil tindakan dibawah Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara 1985,” katanya menerusi notis di laman Facebook rasmi JPNS. -K!ONLINE