fbpx

21 sambut hari jadi kena kompaun RM125,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BAHRIN menunjukkan beberapa rakaman gambar ketika operasi Op Noda di mana 21 orang ditahan melanggar SOP di Jalan Yusuf Abdul Rahman, Segamat.

SEGAMAT – Seramai 21 pengunjung termasuk lima wanita tempatan serta pengurus dikompaun RM125,000, manakala lima wanita warga asing ditahan ketika leka menyambut parti hari jadi di sebuah pusat ujian vokal di Jalan Yusuf Abdul Rahman, di sini, Ahad lalu.

Dalam serbuan menerusi Op Noda pada pukul 10.30 malam itu, sepasukan anggota serta pegawai Bahagian Antimaksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Segamat mengeluarkan kompaun RM5,000 terhadap setiap pengunjung tempatan.

Kesemua mereka berusia di antara 16 hingga 62 tahun telah dikompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa (4).

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Bahrin Mohd. Noh berkata, lima wanita warga asing Vietnam dipercayai pelayan pelanggan (GRO) terbabit ditahan bersama seorang pengurus premis yang turut dikompaun sebanyak RM25,000.

“Pengurus premis turut ditahan selain seorang pelanggan lelaki kerana menghalang petugas penjawat awam sementara GRO berkenaan masing-masing direman selama 14 hari bermula semalam sehingga 12 Disember.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan,Seksyen 6(2) Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan,Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan Seksyen 55B Akta Imigresen,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI