fbpx

Tujuh kluster baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
gambar hiasan

PUTRAJAYA – Sebanyak tujuh lagi kluster baharu dikenal pasti, menjadi antara penyumbang kepada 4,087 kes harian negara yang dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes harian yang dilaporkan, 21 kes import dengan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 mencecah 2,627,903 kes.

“Terdapat 72 kes (1.8 peratus) kategori tiga, empat dan lima serta 4,015 kes (98.2 peratus) lagi daripada kategori satu dan dua.

“Sebanyak 4,984 kes sembuh hari ini, menjadikan angka sembuh daripada Covid-19 sebanyak 2,532,036 kes,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ujarnya, sebanyak 507 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 272 kes memerlukan bantuan pernafasan. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI