fbpx

Tabung Covid-19 Pulau Pinang kumpul RM7.1 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kon Yeow pada Sidang Dewan Undangan Negeri di George Town hari ini.

GEORGE TOWN – Sebanyak RM7.1 juta sumbangan telah dikumpul menerusi Tabung Covid-19 yang ditubuhkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam berdepan wabak Covid-19.

Daripada jumlah yang direkodkan setakat 5 November lalu itu, kira-kira RM3.8 juta daripada sumbangan itu berjaya dikumpul sepanjang tahun ini.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, sumbangan itu diterima daripada pelbagai pihak termasuklah jabatan atau agensi kerajaan negeri, badan berkanun negeri, anak syarikat kerajaan negeri, syarikat swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu.

“Setakat ini juga, kira-kira RM2.55 juta daripada sumbangan itu telah dibelanjakan bagi menangani isu berkaitan Covid-19 dengan baki kira-kira RM4.6 juta,” katanya ketika menjawab soalan Dr. Afif Bahardin (Bersatu-Seberang Jaya) pada Sidang Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Menurut Kon Yeow, selain tabung itu, kerajaan negeri turut memperuntukkan RM195 juta untuk pelbagai pakej insentif kepada rakyat sejak bermulanya pandemik tersebut.

“Selain daripada kerajaan negeri, kita juga menerima peruntukan daripada agensi kerajaan Persekutuan seperti Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dan sebagainya untuk mengendalikan pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 (PKRC) serta banyak lagi.

“Begitupun, kerajaan negeri sudah semestinya akan menggunakan baki daripada tabung ini untuk tujuan dimaksudkan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI