fbpx

Pesawat dinaiki Jennifer Lawrence hampir terhempas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JENNIFER LAWRENCE

PELAKON jelita Jennifer Lawrence mendedahkan tentang pengalaman cemas dan paling menakutkan yang dihadapi apabila kapal terbang yang dinaikinya hampir terhempas. Ketika itu, nyawanya seperti berada di hujung tanduk.

Menerusi temu bual bersama Vanity Fair, Lawrence berkata, kejadian berlaku pada 2017 ketika pesawat yang dinaikinya terpaksa membuat pendaratan kecemasan ekoran mengalami masalah teknikal. Lawrence bagaimanapun tidak mendedahkan lokasi kejadian tersebut berlaku.

“Saya berasa sangat takut ketika itu. Ketika pesawat mengalami masalah teknikal, saya hanya terfikir tentang kematian.

“Saya sempat mengirim pesanan kepada keluarga kerana tidak tahu sama ada saya akan hidup atau mati,” jelasnya.

Bagaimanapun, dia bersyukur apabila pesawat berkenaan berjaya mendarat dengan sempurna dan selamat serta tiada penumpang mengalami kecederaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI