fbpx

Peniaga kailan ikan masin RM18 beri penjelasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Harga hidangan yang disediakan restoran tersebut

SEBERANG PERAI – Peniaga kailan ikan masin berharga RM18 di Kepala Batas di sini yang tular di media sosial sejak semalam tampil memberi penjelasan berhubung perkara itu hari ini.

Menerusi posting di laman Facebook Anjung Ikan Bakan Nory, pengusaha berkenaan berkata, insiden itu mungkin berlaku akibat salah faham pekerjanya ketika menyediakan tempahan pelanggan.

Tangkap layar hantaran oleh restoran terbabit

“Kesilapan kami mungkin juruwang tersilap ‘key in’ harga hidangan saiz L (besar) atau mungkin pelanggan memesan saiz L, tetapi kru bahagian dapur sediakan kailan ikan masin itu dalam saiz S (kecil) berdasarkan gambar (yang tular).

“Jika pihak kami silap, boleh datang terus bertemu kami untuk menyelesaikan isu ini dan bukan ditularkan (di media sosial),” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu menambah, dengan penjelasan berkenaan, pihaknya berharap dapat menyelesaikan isu tersebut dan mengharapkan kerjasama pengadu untuk menghubungi pihak restoran.

Menerusi posting itu, pihak restoran berkenaan turut memberi penjelasan mengenai harga masakan kailan ikan masin mengikut saiz iaitu S berharga RM6, M (RM12) dan L (RM18) dengan memaparkan gambar menu restoran.

Terdahulu akhbar melaporkan seorang pelanggan terkejut apabila telah membeli sebungkus kailan ikan masin bagi seorang makan yang berharga RM18 di sebuah restoran di Kepala Batas.

Kejadian itu tular di media sosial Facebook selepas pelanggan berkenaan berkongsi gambar resit dan hidangan itu sambil mendakwa harganya sukar diterima biarpun reda.

Resit berkenaan turut memaparkan lauk ikan jenahak berharga RM90, sayur campur (RM9) serta ulam dan sambal (RM5) dengan nilai keseluruhan RM122. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI