fbpx

Pekerja seks, bapa ayam bawah umur dicekup di Makassar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kesemua pasangan bawah umur itu ditahan akibat menjalankan aktiviti pelacuran. - Instagram

JAKARTA – Pasukan Serbuan Sosial Bandar Makassar menahan lapan pasangan muda kerana didapati terlibat dalam kegiatan pelacuran di sebuah hotel di JI Panakkukang, Makassar kelmarin, lapor laman berita Tribun-Timur.com semalam.

Malah, tiga daripada mereka didapati merupakan individu bawah umur yang bekerja sebagai pekerja seks.

Ketua Jabatan Perkhidmatan Sosial Makassar, Muhyiddin berkata,  dua daripada pekerja seks  itu berusia 15 tahun, manakala seorang daripadanya berumur 12 tahun.

Mereka didapati telah lama bekerja dan melayan pelanggan hampir setiap hari.

“Menurut pengakuan mereka, ketiga-tiga mereka berpusat di wilayah Gowa.

“Malah, ‘bapa ayam’ mereka juga merupakan individu bawah umur yang baru berusia 15 tahun,” kata Muhyiddin.

Ketiga-tiga pekerja seks bawah umur itu akan ditempatkan di Pusat Pemulihan Sosial Mattirodeceng.

“Kami akan menjalankan penyiasatan kerana berdasarkan pengakuan mereka, ramai remaja seusia mereka bekerja sebagai pekerja seks  dan kami telah merampas telefon bimbit milik mereka,” katanya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI