fbpx

Orang tengah jadi punca, penternak disalahkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shahril.

PETALING JAYA – Tindakan orang tengah yang mengaut keuntungan dengan menaikkan harga ayam perlu dikekang kerana mereka adalah punca petani dan penternak yang tidak bersalah dituduh sebagai pihak yang menaikkan harga ternakan tersebut.

Pengarah Ekonomi Pejabat Perdana Menteri, Shahril Hamdan berkata, pihak berkuasa tempatan perlu melaksanakan penguatkuasaan yang lebih ketat bagi mengekang tindakan licik tersebut.

Tambahnya, untuk langkah jangka panjang, negara perlu mengurangkan kebergantungan barangan import tidak kira import bahan mentah seperti jagung dan baja atau import barangan siap seperti sayur-sayuran.

“Malaysia perlu memperhebatkan usaha sedia ada untuk menghasil dan menggunakan produk alternatif sebagai dedak.

“Penyelesaian terbaik adalah menyediakan pekerjaan serta meningkatkan pendapatan isi rumah dan rakyat di negara kita untuk menampung kenaikan kos sara hidup,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, antara penyebab harga ayam hidup naik mendadak ketika ini ialah disebabkan kemarau dan permintaan jagung serta gandum yang meningkat secara mendadak di peringkat global selepas sektor ekonomi dibuka secara serentak.

“Malaysia bergantung sepenuhnya kepada pengimportan komoditi jagung dan kacang soya yang menjadi bahan utama pembuatan dedak sebagai makanan ayam di ladang.

“Malaysia membelanjakan RM3.33 bilion untuk mengimport 3.85 tan jagung dan RM1.3 bilion untuk 732 tan kacang soya tahun lalu,” katanya.

Shahril yang merupakan Ketua Penerangan UMNO turut berkata, antara punca lain kenaikan harga komoditi itu ialah kemarau berpanjangan yang mengurangkan pengeluaran jagung.

“Permintaan kacang soya juga melonjak naik selepas sektor ekonomi dibuka di seluruh dunia.

“Harga gandum yang merupakan ramuan utama untuk membuat roti juga meningkat mendadak
menyebabkan kilang-kilang roti terpaksa menaikkan harga borong dan runcit untuk
menampung kos menghasilkan roti,” katanya.

Shahril menambah, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah memperuntukkan dana tambahan sebanyak RM262 juta untuk membantu kos petani dan peladang yang terkesan dengan kenaikan harga input sebagai rancangan jangka pendek. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI