fbpx

Liverpool menyamai rekod 94 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JOTA (kiri) meledak dua gol ketika Liverpool terus mengekalkan rentak kemenangan apabila berjaya membenam Southampton 4-0 pada aksi di Anfield kelmarin. – AFP

LIVERPOOL – Liverpool terus memberi tekanan kepada Chelsea dalam perebutan kejua­raan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini selepas membelasah Southampton 4-0 pada perlawanan yang berlangsung di Anfield malam kelmarin.

The Reds menunjukkan pres­tasi cukup cemerlang setakat ini apabila sudah meledak 39 gol dalam 13 perlawanan liga, sekali gus menyamai rekod yang dilakukan oleh Sunderland pada 1927.

Pada perlawanan tersebut, Diogo Jota tampil cemerlang apabila menjaringkan dua gol sementara dua gol lagi dijaringkan pemain tengah, Thiago Alcantara serta bek tengah, Virgil Van Dijk.

“Kami tahu apa yang kami kurang sebelum ini, iaitu kestabilan dalam pasukan. Sekarang masalah itu sudah diatasi dan ia beri kelebihan kepada pasukan setiap kali melakukan serangan.

“Aksi pramusim sebelum ini nyata membantu kami untuk mendapatkan rentak permai­nan sebenar. Walaupun gembira dengan kemenangan ini tetapi saya tetap kecewa apabila kami benarkan pasukan lawan masuk ke dalam kawasan berbahaya,” kata pengurus The Reds, Jurgen Klopp.

Pengendali dari Jerman itu juga mengakui, beliau gembira dengan kecekapan penjaga gol, Alisson Becker yang menafikan beberapa percubaan berbahaya daripada jentera serangan The Saints.

“Saya tidak ada masalah jika Ali (Alisson) dapat menyelamatkan pintu gol tetapi situasi satu lawan satu tidak sepatutnya berlaku banyak kali dalam perlawanan. Selain agresif ketika menyerang, kami juga perlu berwaspada dengan serangan lawan,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI