fbpx

Gangguan bekalan air di Selangor seperti endemik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM- Isu gangguan bekalan air di Selangor menghangatkan suasana Persidangan Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor ke-14 Tahun 2021, hari ini.

Isu tersebut dibangkitkan ketua pembangkang, Datuk Rizam Ismail apabila melabel masalah air yang berlaku di negeri tersebut sebagai endemik, berikutan ia berlaku setiap tahun.

“Walaupun PH telah memerintah Selangor sejak tiga penggal, masalah air tetap berlaku dan pencemaran air merupakan alasan yang diberikan ketika (beberapa siri) gangguan air berlaku.

“Pada Belanjawan 2021, kira-kira RM779 juta diperuntukkan bagi menyelesaikan masalah ini,” katanya ketika sesi perbahasan Belanjawan Selangor 2022, hari ini.

Rizam bersetuju dengan celahan Harumaini Omar (PN – Batang Kali) yang mencadangkan kerajaan negeri supaya merobohkan kilang haram yang didakwanya menjadi punca berlakunya pencemaran air.

Sementara itu, Sallehudin Amiruddin (PN-Kuang) meminta kerajaan negeri supaya menubuhkan pasukan penilaian risiko bagi menilai kemungkinan berlakunya masalah terbabit.

“Hampir setiap tahun kerajaan negeri membelanjakan kos tinggi berhubung keselamatan air tetapi kes tetap berlaku.

“Saya minta Menteri Besar (Amirudin Shari) memaklumkan berapa peratuskah masalah air dapat diselesaikan dengan peruntukan yang telah dibelanjakan kerajaan negeri,” jelasnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI