fbpx

Cabaran besar hadapi jadual padat EPL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARI tengok dekat ramalan pakar untuk mendapatkan mata maksimum pada saingan FPL GW-14

Oleh IRFAN BURHANUDDIN

SAINGAN Fantasi Premier League (FPL) kini sudah mema­suki minggu ke-14 dan semua pengurus dijangka melakukan beberapa perubahan berdasarkan jadual perlawanan sebelum ini.

Memasuki bulan Disember, jadual Liga Perdana Inggeris (EPL) akan bertambah padat dan pengurus FPL harus berhati-hati dalam melakukan pertukaran atau menyimpan satu pertukaran.

Justeru, Kosmo! ingin berkongsi beberapa tips bagi memboleh­kan para pengurus FPL melakukan pertukaran terbaik dalam usaha memburu mata maksimum pada saingan musim ini.

KAPTEN
MOHAMED Salah sekali lagi menjadi pilihan Kosmo! sebagai kapten FPL minggu ini disebabkan rekod cemerlang dengan 11 gol dan sembilan bantuan jaringan, lebih-lebih lagi apabila turun menentang musuh setempat, Everton.

PENJAGA GOL
BENTENG pertahanan mantap Chelsea membolehkan Edouard Mendy memperoleh jumlah clean sheet terbanyak berbanding semua penjaga gol lain setakat ini.

PERTAHANAN
TRENT Alexander-Arnold menjadi pilihan selepas beraksi cemerlang mencipta satu umpanan jaringan buat Liverpool ketika membelasah Southampton pada Sabtu lalu. Reece James dan Joao Cancelo juga boleh menjadi alternatif.

TENGAH
RAPHINHA dijangka mampu meledak gol apabila turun bertemu Palace walaupun Leeds kurang tajam di bahagian serangan jika dibandingkan musim lalu. Diogo Jota juga perlu ada selepas meledak dua gol pada Sabtu lalu.

PENYERANG
ALLAN Saint-Maximin boleh memberi mata kepada pengurus FPL dalam misi wajib menang ke atas Norwich awal pagi esok. Christian Benteke juga boleh menjadi pertaruhan pasukan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI