fbpx

Billie Eilish rayu henti sembelih ayam belanda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BILLIE EILISH

PENYANYI Billie Eilish yang juga merupakan seorang vegan (hanya memakan sayur-sayuran) menggesa orang ramai supaya berhenti menikmati hidangan ayam belanda ketika menyambut Hari Kesyukuran (Thanksgiving) yang disambut pada 25 November setiap tahun.

Ujar penyanyi berusia 20 tahun itu, setiap tahun, berpuluh juta ekor ayam belanda akan disembelih untuk menyambut perayaan tersebut di seluruh dunia.

“Ayam belanda merupakan antara haiwan paling ‘lembut’ di dunia. Bagaimanapun, sekitar 46 juta ekor ayam belanda akan dibunuh (disembelih) untuk sambutan Hari Kesyukuran. Perkara ini sangat menyedihkan,” kata Eilish.

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, dia turut berkongsi foto sedang memeluk seekor ayam belanda.

Dia memberitahu dirinya tidak lagi memakan sebarang daging sejak berusia 12 tahun.

“Sejak saya menjadi seorang pemakan sayur-sayuran, saya lebih menghargai setiap makhluk yang bernyawa dan menentang industri daging dan produk tenusu,” kata pelantun lagu Happier Than Ever itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI