fbpx

Aqiqah penyelamat ekonomi di kala pandemik 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHAMAD Amirul Fahmi tekad untuk menjalankan perniagaan berasaskan aqiqah dalam usaha membantu para ibu bapa melaksanakan aqiqah dengan mudah.

PERNAH melalui detik-detik kehilangan kerja menjadikan anak muda kelahiran Kuantan, Pahang ini trauma dengan apa yang menimpa dirinya. 

Bagi Mohamad Amirul Fahmi Mohamad Ros, kehilangan pekerjaan disebabkan kedatangan pandemik maut tidak diundang bernama Covid-19 betul-betul merubah 360 darjah kehidupannya.

Disebabkan pandemik itu juga, dia terpaksa pulang ke tanah air selepas lebih sedekad menabur bakti sebagai mutawwif di Kota Mekah. 

“Seawal umur saya 19 tahun, saya sudah berhijrah ke Tanah Suci dan bekerja sebagai mutawwif bagi membantu menguruskan ibadah jemaah umrah dan haji dari Malaysia. 

“Tapi bila sampai sahaja ujian Allah ini (Covid-19), terus kami tidak boleh bekerja seperti biasa disebabkan halangan jemaah untuk lakukan ibadah. 

“Klimaks yang memaksa kami pekerja-pekerja di sana untuk pulang ke tanah air adalah selepas kerajaan Arab Saudi mengeluarkan arahan untuk semua pulang ke tanah air masing-masing Mac tahun lalu,” katanya membuka bicara bersama iGen.

Mohamad Amirul Fahmi, 28, menambah, dari saat itulah bermulanya episod menganggur dan ketiadaan kerja yang terpaksa dihadapinya usai tiba di tanah air tercinta.

Duduk punya duduk, bincang punya bincang, dia dan isteri sampai naik kontang idea memikirkan dan tidak tahu mahu lakukan apa untuk menampung kehidupan mendatang.

“Berbulan juga saya tiada kerja dan pendapatan tetap. Boleh dikatakan kami hidup pun guna duit simpanan yang ada sementara dapat kerja lain. 

“Alhamdulillah selepas berbincang, saya dan isteri nekad untuk keluarkan sedikit wang simpanan masing-masing bagi memulakan bisnes aqiqah yang kami sudah fikirkan.

“Jika ditanya kenapa memilih segmen perniagaan aqiqah sebagai pilihan utama, jawapannya satu iaitu pengalaman lampau yang saya pernah lakukan semasa menjadi mutawwif sebelum ini,” ujarnya. 

DORONGAN isteri, Fatin NorSofea Badry menjadi kekuatan buat bapa kepada dua cahaya mata ini untuk terus berjaya dalam perniagaan yang diceburi.

Kata Mohamad Amirul Fahmi atau lebih mesra dengan panggilan Abu Iman, pada awalnya dia hanya melakukan perniagaan tersebut secara tidak rasmi dan sekadar ingin mencuba. 

Jelasnya, niat untuk mencuba dipermudahkan Allah apabila mendapat banyak permintaan dan sambutan dalam kalangan ibu bapa yang mahu melakukan aqiqah buat anak-anak mereka. 

“Jadi bermula dari situ, saya dan isteri yang memang ada pengalaman berniaga sebelum ini terus serius selepas nampak peluang cerah yang ada dalam perniagaan tersebut. 

“Maka mulalah kami bangunkan laman sesawang sendiri, memohon tanda dagang dengan nama perniagaan Aqiqahalharamain dan mula melantik staf secara berkala selepas beberapa bulan beroperasi.

“Membezakan perkhidmatan aqiqah kami dengan pesaing adalah kami melakukan ibadah korban tersebut di Tanah Suci, Mekah dan boleh dilaksanakan hanya dalam tempoh 24 jam menerusi pendaftaran secara online pada harga sangat berpatutan,” katanya. 

STAF dan kakitangan banyak membantu perjalanaan dan kelancaran operasi syarikat sejak dibangunkan pertengahan tahun lalu.

Tambahnya, syarikat turut menyediakan video sembelihan dan agihan daging yang akan dihantar secara terus kepada pelanggan menerusi WhatsApp sebagai bukti.

Tidak setakat itu, mereka juga membuka platform untuk para ibu bapa menghantar apa sahaja doa dan hajat untuk staf di sana membacakan secara langsung dari Tanah Suci. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI