PETALING JAYA – Penduduk di negeri Perak, Pahang dan Sabah dinasihatkan untuk terus berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga ekoran amaran ribut petir pada malam ini.
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) berkata, cuaca tidak menentu itu melibatkan beberapa kawasan di setiap negeri yang terbabit sehingga pukul 8 malam ini.
”Di Perak, kawasan yang bakal mengalami cuaca buruk berserta ribut petir ialah Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar manakala di Pahang melibatkan kawasan Jerantut,” katanya di sini hari ini.
Sementara itu, di Sabah melibatkan kawasan di Sandakan (Kinabatangan). – K! ONLINE.