PUTRAYA – Sebanyak 29 kes kematian Covid-19 dilaporkan, menjadikan jumlah kes kematian di seluruh negara sebanyak 30,309 kes.
Menurut data pada laman web CovidNow, tiada kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam semalam.
“Terdapat enam kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-death (BID) dengan keseluruhan kes BID di Malaysia sebanyak 6,130 kes,” demikian maklumat pada laman web tersebut di sini hari ini.
Kesemua kematian dilaporkan di Perak (7), Kedah (6), Kelantan (6), Kuala Lumpur (2), Johor (2) Pahang (2), Sabah (2) dan Terengganu (2) serta tiada kematian di Melaka, Negeri Sembilan, Perlis, Pulau Pinang, Sarawak, Selangor, Labuan dan Putrajaya.
Terdapat 66,455 kes aktif melibatkan 54,695 kes dikuarantin di rumah, 6,550 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 4,699 kes di hospital, 250 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 261 kes di ICU dengan bantuan pernafasan.
Sebanyak 4,239 kes harian semalam disumbangkan oleh Selangor (1,097 kes), Sabah (408 kes), Johor (404 kes), Kelantan (358 kes), Pahang (324 kes), Sarawak (158 kes), Pulau Pinang (262 kes), Kedah (253 kes), Perak (220 kes), Kuala Lumpur (191 kes), Terengganu (172 kes), Melaka (159 kes), Negeri Sembilan (152 kes), Putrajaya (49 kes), Perlis (19 kes) dan Labuan (13 kes). -K! ONLINE