fbpx

Yoo-mi bekerja sebagai penghantar makanan ‘part time’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YOO-MI

TIDAK dapat dinafikan kesemua bintang drama siri popular, Squid Game ternyata memijak tuah hasil kejayaan naskhah tersebut.

Bukan sahaja menjadi sebutan di seluruh Asia dan global, malah naskhah fenomena tersebut kekal mencatatkan ranking dunia tertinggi hingga ke hari ini.

Seorang daripada pelakon naskhah berkenaan sehingga kini tidak percaya dengan populariti yang dikecapi iaitu aktres muda Lee Yo-mi, pendukung watak Ji-young.

Biarpun sudah 11 tahun dalam industri lakonan, wanita berusia 27 tahun itu hanya betul-betul dikenali dan mencipta nama selepas membintangi Squid Game.

Yoo-mi turut mengakui tidak pernah berasa popular, bahkan terpaksa bekerja sebagai penghantar makanan separuh masa untuk syarikat Coupang Eats.

“Ketika saya bercuti dan tiada penggambaran, saya akan bekerja separuh masa sebagai penghantar makanan.

“Secara tiba-tiba, kini semua orang mengenali saya selepas Squid Game. Hingga kini saya masih terkejut dan tidak percaya nama dikenali serta menjadi sebutan ramai,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Yoo-mi juga bakal muncul dalam siri Netflix terbaharu berjudul All Of Us Are Dead. Naskhah genre seram berkisarkan zombi tersebut akan menemui penonton tidak lama lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI