fbpx

Tun M lawat teratak lama di Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara gambar yang dikongsi Tun Mahathir di rumah lama beliau di Kedah semalam.

PETALING JAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengambil peluang cuti hujung minggu apabila melawat kembali rumah lama tempat beliau membesar di Lorong Kilang Ais, Alor Setar semalam.

Dr. Mahathir melalui perkongsian di laman Facebooknya turut memuat naik beberapa keping gambar bersama isteri, Tun Siti Hasmah Ali ketika berada di Kedah.

Perkongsian tersebut turut melihatkan Ahli Parlimen Langkawi itu terkenang masa silamnya yang diasuh oleh kedua ibu bapa sehingga beliau berkahwin.

“Di sinilah rumah kelahiran saya, tempat dibesar, diasuh oleh emak dan bapak hinggalah berkahwin dengan Hasmah.

“Suasananya berbeza apabila kembali ke sini bila ramai sudah tiada. Yang ada cuma kenangan. Rumah ini amat kecil berbanding dengan besarnya di waktu saya kecil,” tulis Dr. Mahathir yang juga Perdana Menteri ke-6 di Facebooknya semalam.

Rata- rata orang ramai serta masyarakat dunia turut mendoakan pasangan dua sejoli itu untuk terus dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang baik.

“Dulu masa sekolah kalau kena buat folio tokoh negara memang sini la tempat cari info dan maklumat tentang Tun M. Saya doakan agar Tun berdua sentiasa sihat dan dipermudahkan segala urusan,” jelas Siti Nurbaiyah.

“Sir, please receive lots of Love (semoga terima kasih sayang yang banyak), Respect and Prayers from Pakistan (Penghormatan dan doa dari Pakistan). May Allah bless You forever! Aameen,” tulis Absar Ahmad Shahzad PTi. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI