fbpx

Syiling datang balik walau sudah dibuang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara gambar yang dikongsi Are Fiq di Facebooknya menyaksikan beberapa keping RM1 berada di kawasan rumahnya.

PETALING JAYA – Perasaan hasad dengki sememangnya tidak pernah padam dalam kamus masyarakat kita walaupun sudah berada dalam dunia moden ketika ini.

Daripada timbulnya perasaan hasad dengki maka timbul tindakan yang diluar jangkaan akal fikiran manusia normal sehingga ada yang sanggup berbunuhan sesama sendiri.

Itu kisah yang berani berdepan, lain pula kisahnya jika ada yang tidak berpuas hati namun takut untuk berdepan, dengan fikiran singkat mereka mudah iaitu menggunakan ‘sihir’.

Melalui perkongsian di Facebook milik Are Fiq menyatakan tentang tindakan orang yang berkemungkinan ingin melakukan khianat kepadanya.

Are Fiq turut berkongsi cerita mengenai penemuan duit kertas RM1 dan duit syiling di halaman rumahnya yang mana asuk usul duit berkenaan tidak diketahui dari mana.

Paling tidak masuk akal jelasnya, setiap kali kumpul serta buang duit-duit berkenaan pasti duit-duit itu kembali semula di kawasan rumahnya.

“Aku pun tak paham apa orang nak buat khianat dekat aku dan keluarga, yang aku tahu kalau kumpul duit keliling rumah aku ni memang banyak, tiap kali buang mesti ada balik.

“Yang mana cuba nak buat khianat tu insaflah, aku ni bukannya meniaga juta-juta, orang senang nak buat macam- macam,” jelasnya.

Tambahnya lagi, jangan sesekali kutip duit syiling yang anda jumpa terutamanya di halaman rumah,di depan pintu rumah, di sebelah kereta anda dan syiling yang tak tahu asal usulnya dari mana.

“Sebagai contoh anda nak masuk kereta tiba-tiba ada syiling diatas lantai sebelah kereta anda. Sedangkan semasa anda turun kerata syiling berkenaan tiada disitu.

“Contoh kedua, anda nak keluar rumah tiba-tiba ternampak syiling dihadapan rumah, jangan terus ambil ya. Zaman sekarang jika orang nak sihir, berbagai-bagai cara,” katanya.

Kongsinya lagi, akibat kianat dari sihir syiling yang disaluti tanah kubur…merana satu badan, bila malam bedenyut-denyut, bisa-bisa sampai menangis menahan kesakitan.

“Berhati-hatilah bila anda tejumpa sihir seperti ini. Jangan sesekali cuba sntuh,sekiranya tiada keyakinan diri dan doa pendinding diri,sebaliknya sapulah dan terus buang,” ujarnya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI