fbpx

Suami terkejut isteri bekalkan nasi dengan telur mentah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan seorang suami terkejut apabila menerima bekalan berupa telur mentah bersama nasi

JAKARTA – Sebuah video menunjukkan seorang suami yang menerima bekal berupa nasi bersama telur yang masih mentah daripada isterinya menjadi tular di platform TikTok baru-baru ini, lapor laman berita Suara.com semalam.

Video tersebut dikongsikan oleh pemilik akaun TikTok dengan nama @aceh_anggoro dan perkara tersebut berlaku kepada rakan sepejabatnya.

“Rakan saya diberikan bekal oleh isterinya,  namun lauk yang dibawa adalah telur mentah,” demikian keterangan yang ditulis pada video tersebut.

Dalam video tersebut, si suami boleh dilihat sedang mengeluh kerana tidak boleh makan bekal yang diberikan isterinya.

Dia menganggap isterinya mungkin terlupa merebus telur tersebut atau pun tersilap memasukkan telur mentah ke sebagai bekal buat suaminya.

Netizen yang menonton video tersebut kemudiannya membanjiri ruangan komen dengan pelbagai pendapat.

“Minyak menggoreng mahal dan akan menambahkan lagi perbelanjaannya,” komen seorang netizen.

“Goreng sahaja bersama telurnya supaya menu itu menjadi nasi goreng,” komen seorang lagi netizen. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI