fbpx

Sindiket judi sewa kondo mewah digempur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA barangan yang dirampas polis dalam serbuan itu.

SHAH ALAM – Kelicikan satu sindiket menjadikan kondominium mewah di Kota Kemuning di sini sebagai port judi atas talian sejak setahun lalu berakhir apabila digempur polis selama.

Serbuan dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor pukul 5.30 petang dengan menahan tujuh individu berusia 20 hingga 30 tahun.

Pegawai Turus D7 Selangor, Deputi Superintendan Zuhairee Mohamad Rashid berkata, berdasarkan risikan modus operandi sindiket adalah menyewa kondominium itu sebelum mengupah lelaki tempatan sebagai operator perjudian.

Katanya, operator itu dibayar dengan gaji bulanan antara RM2,000 hingga RM2,500.

“Sindiket mengunakan Aplikasi whatsup, telegram dan wechat untuk mempromosi perjudian atas talian seperti jenis Kissme , mega888 , pussy888 dan rolex.

“Hasil siasatan mendapati sindiket ini mempunyai kira-kira 1,000 pelanggan terutama di kalangan warga tempatan,” katanya dalam kenyataan hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI