PETALING JAYA – Kenangan pada zaman kanak-kanak pasti sahaja tidak akan luput dalam fikiran kita walaupun sudah meningkat dewasa.
Zaman kanak-kanak ditempuh tanpa rasa bersalah, tidak pernah fikirkan tentang bekerja, wang serta masalah-masalah lain, yang ada cuma ingin berseronok dan bermain.
Walaupun dalam berseronok, ada juga timbul perasaan tidak puas hati kemudiannya bergaduh manja dengan sahabat sepermainan.
Namun dalam satu perkongsian di laman sosial ketika ini, dua kanak-kanak dilihat bergaduh sesama mereka tanpa mengetahui punca sebenar pergaduhan tersebut.
Klip video tersebut walaupun nampak biasa dan tidak ada apa-apa kandungan menarik, namun dialog yang dituturkan oleh dua kanak-kanak itu amat menghiburkan.
“Satu kampung aku boleh lawan tau,” jelas salah seorang kanak-kanak tersebut.
Kemudian dibalas oleh seorang lagi selepas berjaya menjatuhkan lawannya,”ini satu kampung? Ini sampah,” jelasnya.
Rata-rata orang ramai yang menyaksikan video tersebut menyatakan dialog yang dikeluarkan dua kanak-kanak itu seperti dialog yang diungkapkan dalam salah satu filem Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.
“Sebiji dialog filem P. Ramlee. Budak-budak ni mengingatkan aku pada zaman kecil aku betul la. Jangan gaduh dik tak baik,” jelas Pendekar Mustarji.
“Wah marah betul kawan tu ye. Kenapa bunyi macam cerita klasik, semoga adik membesar pun guna la perkataan klasik macam ni,” jelas Padle Zahree. – K! ONLINE.