fbpx

Ramping lepas bersalin, Ayda Jebat persis anak dara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAMAI memuji Ayda kerana kekal langsing selepas melahirkan cahaya mata sulung, Ana Nayla pada September lalu.

CEMBURU betul Diva tengok penampilan terkini penyanyi dan juga pelakon, Ayda Jebat yang kembali langsing dan ‘bergetah’ selepas habis berpantang anak sulungnya.

Bukan setakat Diva sahaja, pasti wanita-wanita lain turut merasakan perkara sama apabila melihat Ayda. Walaupun sudah bergelar seorang ibu, dia kelihatan masih sama seperti dahulu.

Bahkan, rata-rata peminatnya mengatakan bahawa Ayda tidak kelihatan seperti seorang ibu, sebaliknya macam anak dara!

Melihat foto-foto yang dikongsikan Ayda dalam Instagram, ramai betul yang memuji bentuk tubuhnya yang langsing walaupun baru sahaja menyambut kelahiran cahaya mata sulung pada September lalu.

Wah! Beruntung betul Ayda. Diva yang masih anak dara ini pun dah kelihatan seperti emak anak 10. Sedih!

DIVA: Dengar kata ramai yang kecam Datuk Fazley dan kata dia tidak layak masuk bertanding dalam program Gegar Vaganza musim kelapan. Kenapa pula tu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI