fbpx

Negeri Sembilan peruntuk RM3 juta bantu usahawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMINUDDIN Harun melawat ke ruang promosi dan jualan produs PKS ketika hadir merasmikan Program Nismilan Showcase 2021 di Nila, Seremban hari ini.- UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.

SEREMBAN- Kerajaan Negeri Sembilan memperuntukkan sebanyak RM3 juta menerusi Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan Plus (Tuns Plus) yang telah dimanfaatkan oleh 213 orang usahawan.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, bantuan iaitu berupa pinjaman kewangan tanpa faedah dilihat berupaya membantu usahawan penerima untuk meningkatkan kapasiti dan keupayaan perniagaan sedia ada mereka ke tahap lebih baik.

“Tuns Plus merupakan program yang baharu diperkenalkan pada tahun ini berapa bantuan pembiayaan dalam bentuk pinjaman mudah tanpa faedah kepada usahawan mikro. Sehingga kini sebanyak RM3 juta telah diperuntukan dan telah memberi manfaat kepada seramai 213 penerima,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Nismilan Showcase 2021 di Nilai di sini hari ini.

Yang Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan negeri, Datuk Dr. Mohamad Rafie Ab. Malek dan Setiausaha Kerajaan Negeri Negeri Sembilan, Datuk Dr. Razali Ab. Malik.

Sebelum ini, program bantuan kepada usahawan itu dikenali sebagai Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan (Tuns) yang diperkenalkan dua tahun lalu yang merupakan bantuan pembiayaan dalam bentuk geran, disasarkan kepada penjaja dan peniaga kecil di Negeri Sembilan.

Sebanyak 4,147 usahawan telah dibantu menerusi program berkenaan menerusi peruntukan keseluruhan sebanyak RM12 juta. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI