AKHIRNYA! Barangkali itu perkataan yang terbit daripada bibir ramai selepas melihat momen romantis Mas Khan melamar kekasih hatinya, Diana Nasimuddin baru-baru ini.
Penuh suasana romantik, Diana berkongsi foto Mas sedang melutut dan menghulurkan sebentuk cincin sebagai tanda lamaran untuk beralih kepada hubungan yang halal.
“18 November merupakan tarikh bermakna untuk hubungan ini. Terima kasih kerana memilih saya.
“Awak masih muda dan berjaya tetapi memilih untuk mengabadikan kehidupan bersama seorang ibu tunggal dan tiga anaknya. Saya tahu ini bukan perjalanan mudah.
Semoga Allah SWT permudahkan semuanya,” tulis Diana dalam Instagram.
Sepertinya, majlis perkahwinan mereka akan berlangsung tidak lama lagi. Tak sabar pula nak rasa nasi minyak Mas Khan dan Diana.
Semoga segala urusan perkahwinan kalian berdua dipermudahkan ya.
DIVA: Dengar cerita, selebriti wanita yang pernah digosipkan berkahwin dengan golongan kenamaan sebelum ini sudah bernikah. Namun identiti suaminya bukanlah individu yang disebut-sebut ramai.