fbpx

Kosmo!, Utusan Malaysia raih sembilan Anugerah Media Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Putqra Hairry Rosli memegang replika cek selepas memenangi dua anugerah iaitu Foto Terbaik Kebajikan dan Rencana pada majlis Apresisi Media Terengganu di Kuala Terengganu semalam.

KUALA TERENGGANU – Media Mulia Sdn. Bhd. menerusi dua akhbar terbitannya iaitu Kosmo! dan Utusan Malaysia meraih sembilan anugerah dalam Majlis Apresiasi Media Terengganu malam tadi.

Jurugambar Kosmo!/Utusan Malaysia, Putqra Hairry Rosli dinobatkan johan bagi kategori Foto Terbaik Kebajikan dan Rencana.

Wakil Negeri Utusan Malaysia Biro Terengganu, Rosalinda Md. Said pula muncul johan bagi kategori Berita Terbaik Pelancongan.

Wakil Negeri Kosmo! Terengganu, Mohd. Azli Adlan mendapat tempat keempat bagi kategori Berita Terbaik Pelancongan dan Video Terbaik Pelancongan.

Pemberita sambilan Kosmo!, Tengku Danish Bahri Tengku Yusoff pula muncul naib johan kategori Berita Terbaik Sukan dan tempat keempat kategori Berita Terbaik Kebajikan.

Dua orang lagi pemberita sambilan Kosmo! iaitu Noor Hayati Mamat dan Nik Nur Izzatul Hazwani Nik Adnan masing-masing meraih tempat kedua dan keempat kategori Berita Terbaik Kebajikan dan Berita Terbaik Ekonomi.

Johan setiap kategori menggondol hadiah wang tunai RM1,500, RM1,000 (kedua), RM500 (ketiga) dan RM250 (keempat) selain plak dan sijil penghargaan.

Semua anugerah disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Pengerusi Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Terengganu, Mohd. Nor Hamzah.

Majlis Apresiasi Media Terengganu anjuran kerajaan negeri menerusi Unit Penerangan Darul Iman (UPDI) yang julung kali diadakan secara maya itu dirasmikan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI