fbpx

Kes sembuh Covid-19 lepasi kes baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Hisham

PUTRAJAYA – Angka kes sembuh hari ini mencatatkan sebanyak 5,007 kes, melepasi kes harian dengan jumlah kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 2,527,052 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes harian pula merekodkan sebanyak 4,239 kes termasuk 12 kes import, menjadikan jumlah kes Covid-19 sebanyak 2,623,816 kes.

“Daripada kes harian yang dilaporkan hari ini, 73 kes (1.7 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima serta 4,166 kes (98.3 peratus) kategori satu dan dua.

“Terdapat tiga lagi kluster baharu dikenal pasti dengan jumlah kluster aktif sebanyak 228 kluster,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Ujarnya lagi, sebanyak 511 kes sedang  dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 261 kes memerlukan bantuan pernafasan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI