fbpx

Kejayaan Aifa banggakan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad (kiri) menyampaikan kotak makanan kepada penerima pada Program Derma Darah Perak Food Bank bersama Kiwanis Jelapang di Dewan Serbaguna Kampung Tersusun Tawas Tambahan, Ipoh hari ini. - Foto ZULFACHRI ZULKIFLI.

Oleh LIYANA RAMLI

IPOH – Kejayaan pemain skuasy wanita negara, Aifa Azman mencipta sejarah tersendiri apabila merangkul kejuaraan di Terbuka Malaysia semalam perlu dibanggakan.

Bagaimana pun, tekanan tidak wajar diberikan kepada pemain berusia 19 tahun itu untuk menggantikan tempat bekas ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann David.

Menteri Beliau dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, sebaliknya sokongan berterusan perlu diberikan kepada Aifa untuk menyertai banyak kejohanan.

“Saya harap dia akan terus berjaya, tapi jangan beri tekanan yang terlalu besar untuk menggantikan Nicol David atau sebagainya.

“Sebaliknya kita berdoa, bagi sokongan kepada Aifa supaya dia dapat kibarkan Jalur Gemilang dalam banyak lagi kejohanan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Program Derma Darah Perak Foodbank Bersama Kiwanis Jelapang di sini hari ini.

Aifa mencipta sejarah tersendiri apabila merangkul kejuaraan di kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia semalam.

Aifa yang juga pemain pada kedudukan ke-69 dunia layak beraksi dalam kejohanan bernilai RM209,000 itu atas tiket jemputan.

Pemain itu menundukkan pilihan pertama dari Mesir, Salma Hany 12-10, 11-8, 11-4 dalam tempoh 30 minit pada aksi final di Pusat Skuasy Nasional Bukit Jalil. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI