fbpx

Harga RM16.99 tapi ditampal RM24.99

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar perbualan di telefon berhubung kekeliruan itu

GEORGE TOWN – Seorang pengguna mendakwa mengalami kekeliruan berikutan terdapat pertindihan tanda harga bagi sebotol penyegar kasut di sebuah kedai kasut di pusat beli belah di Bayan Baru di sini.

Menurut pengguna yang enggan dikenali itu, dia mendapati tanda harga sedikit tebal sebelum bertindak menanggalkannya dan mendapati dua tanda harga sebelum memaklumkan kepada pihak kedai.

Pelanggan wanita itu mendakwa penyegar kasut yang berharga RM16.99 itu didapati ditampal secara bertindih dengan tanda harga RM24.99.

Sementara itu, Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Cawangan Timur Laut, dalam satu kenyataan berkata, pihaknya melakukan pemeriksaan kira-kira pukul 10.50 pagi hari ini membabitkan dua pegawai penguatkuasa berhubung aduan kekeliruan harga barang tersebut.

Pegawai KPDNHEP Cawangan Timur Laut memeriksa sebuah kedai kasut di Bayan Baru di George Town hari ini.

Kenyataan berkenaan berkata, pihaknya mendapati tanda harga dipamerkan dengan jelas pada barang yang diadu iaitu SHOE DEO dan tiada pertindihan.

“Harga yang dipamerkan adalah RM16.99 dan peniaga memaklumkan mungkin berlaku kesilapan yang dilakukan oleh pekerja semasa proses meletakkan tanda harga.

“Sistem komputer juga memaparkan harga jualan RM16.99, manakala pemeriksaan ke atas produk lain mendapati tidak berlaku pertindihan harga pada satu item jualan,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan tersebut lagi, pengusaha premis diberi amaran agar lebih teliti dalam proses meletakkan tanda harga dan tindakan tegas akan diambil sekiranya perkara sama berulang. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI