fbpx

Cicit lahir, moyang terkorban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beginilah keadaan Perodua Bezza dipandu Che Malias selepas terlibat dalam nahas di Kemaman kelmarin.

KEMAMAN – Keterujaan seorang wanita untuk memaklumkan kepada bapanya me­ngenai kelahiran cicit kedua tidak berpanjangan apabila makanik itu maut dalam nahas di Kilometer 109, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan dekat Kawasan Perindustrian Kerteh di sini kelmarin.

Kejadian pada pukul 4.30 petang itu mengorbankan Che Malias Harun, 69, akibat kecederaan parah pada kepala, manakala isterinya, Missroheemah Dueloh, 51, cedera pada kaki kiri.

Anak mangsa, Noraizan, 46, berkata, sebelum kejadian, dia cuba menghubungi bapanya beberapa kali untuk memaklumkan anaknya telah selamat melahirkan anak perempuan yang merupakan cicit kedua bapanya pada pukul 11.30 malam Khamis lalu, namun tidak dijawab.

Dia yang menetap di Sungai Lembing, Pahang berkata, bapanya memang teruja menanti kelahiran cicit keduanya itu ketika mereka berhubung buat kali terakhir awal bulan lalu.

Che Malias

“Saya kemudian dikejutkan dengan berita kemalangan maut melibatkan ayah dan ibu tiri. Saya tidak sangka kerana bapa tidak pernah menunjukkan sebarang petanda yang dia akan pergi,” katanya ketika ditemui di Hospital Kemaman di sini semalam.

Sementara itu, Missroheemah berkata, sewaktu kejadian, dia dan suaminya dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Geliga, Chukai di sini selepas membeli madu lebah di Merchang, Marang.

“Hari Jumaat memang kami biasa keluar bersama. Kami sempat singgah di rumah anak di Kampung Binjai, Chukai dan suami menunaikan solat Jumaat di Masjid Kampung Padang Kubu di sini sebelum kami ke Marang untuk membeli madu.

“Kejadian berlaku terlalu pantas. Saya terlelap sewaktu kejadian­ dan hanya menyedari terlibat kemalangan selepas kereta­ Pero­dua Bezza kami naiki berpusing beberapa kali,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI