fbpx

Bunuh kawan guna kunci

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki ditemui mati dengan kesan kelar pada leher dalam kejadian pergaduhan di sebuah hotel di sini malam semalam.

Dalam kejadian pada pukul 9.30 malam itu, mangsa berusia 34 tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada leher.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, susulan kejadian itu, polis menjalankan siasatan dan memberkas dua suspek warga tempatan berusia 23 dan 31 tahun.

“Kedua-dua suspek ditahan ketika hadir ke Balai Polis Setia Indah pada hari yang sama dan hasil siasatan dijalankan mendapati kejadian berpunca daripada pergaduhan yang berlaku di premis hotel berkenaan.

“Soal siasat ke atas suspek mengaku membunuh mangsa di tempat kejadian menggunakan kunci,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ayob Khan berkata, hubungan mangsa dengan kedua-dua suspek adalah kawan.

Katanya, suspek masing-masing ditahan reman tujuh dan lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI