fbpx

Bot karam, nelayan terapung tujuh jam di laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Nasir yang terapung selama tujuh jam akibat bot karam diselamatkan APMM di perairan Pulau Kapas, Marang semalam.

KEMAMAN – Seorang nelayan berdepan detik cemas apabila bot gentian kaca dinaikinya karam akibat dipukul ombak besar, di perairan Pulau Kapas, Marang semalam.

Dalam kejadian pada pukul 10 pagi itu, mangsa, Mohd. Nasir Othman, 45, terpaksa berpaut pada botnya yang hampir tenggelam selama hampir tujuh jam.

Pengarah Zon Maritim Kemaman, Komander Maritim Rashidilhadi Abd. Rashid berkata, mangsa bernasib baik kerana kelibatnya yang nyawa-nyawa ikan dilihat sebuah bot tunda, Macallan 9 yang kebetulan melalui lokasi itu pada pukul 5 petang semalam.

“Bot tunda itu dalam perjalanan ke Indonesia dari Thailand. Mereka memaklumkan penemuan mangsa kepada Maritim Malaysia (APMM) pada pukul 7.22 petang.

“Sebaik menerima maklumat, bot Penggalang 16 digerakkan untuk mengambil mangsa dari bot tunda itu pada kedudukan 10 batu nautika dari Kuala Kemaman,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI