fbpx

Beban kerja meningkat tapi tidak dihargai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Setiap manusia layak diberikan penghargaan tanpa mengira kaum, usia dan jantina dalam apa sekalipun yang dia lakukan atau ceburi.

Menerusi satu ciapan di laman Twitter oleh @fazrihassan, generasi muda kini sering diberikan beban kerja yang banyak dengan pelbagai alasan oleh pihak atasan bagi mengejar tarikh akhir (deadline).

“Namun begitu, sungguh ironi bila difikirkan apabila sesetengah pihak tidak memberi penghargaan yang sewajarnya setelah mengerah tenaga dan usaha mereka.

“‘Dia masih muda, belum layak lagi dan masih jauh lagi perjalanan,’ antara ucapan yang dipetik sebagai alasan kepada generasi yang di bawah.”, katanya menerusi ciapan tersebut.

Tangkap layar ciapan seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Fazri Hassan

Hantaran tersebut mendapat pelbagai reaksi orang ramai yang turut meluahkan pandangan yang sama.

“Orang lama ni kemahiran teknikal agak kurang sebab tu kerja melibatkan kreativiti dan IT diberikan pada yang muda, bagi yang lama duduk mengarah sahaja”, kata seorang pengguna.

“Saya pun tersakiti sebab nama untuk APC dua kali naik dalam meeting tetapi pengurusan beritahu saya masih muda”, ujar Reika.

Bagaimanapun, seorang pengguna yang ingin dikenali sebagai Fazri turut memberi pandangan supaya stigma ‘seniority’ dalam perkerjaan perlu dihentikan. K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI