fbpx

Tiket penerbangan ulang-alik KL-Miri RM10,792

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar harga tiket penerbangan KL-Miri bagi empat orang penumpang masing-masing dua dewasa dan dua kanak-kanak.

PETALING JAYA- Tiket penerbangan bagi perjalanan domestik dari Kuala Lumpur ke Miri, Sarawak dilihat seakan tidak masuk akal apabila harganya mencecah RM10,792 bagi empat orang penumpang masing-masing melibatkan dua dewasa dan dua kanak-kanak.

Harga tiket ‘kayangan’ bagi empat orang penumpang itu sekali gus bersamaan dengan perjalanan ke lokasi terkenal di Eropah seperti Paris dan London yang memakan masa antara 13 ke 14 jam penerbangan.

Perkara itu dikongsi oleh seorang pengguna Twitter @ruffleseed apabila dia menunjukkan harga akhir yang perlu dibayar bagi penerbangan selama dua jam 20 minit pada 13 dan 24 Disember depan.

Menerusi perkongsian itu, harga tiket bagi dua orang dewasa pada 13 Disember 2021 ialah sebanyak RM3,183 dan jumlahnya juga sama bagi dua penumpang kanak-kanak.

Bagi penerbangan pulang pada 24 Disember, harga tiket penerbangan yang perlu dibayar ialah sekitar RM3,996.

“#Keluarga Malaysia, KL-Miri pergi balik RM10,700,” ciapnya ringkas.

Dalam pada itu, orang ramai turut memberikan reaksi pelbagai berhubung harga tiket ‘kayangan’ itu dengan ramai daripada mereka menyifatkannya sebagai terlalu mahal bagi penerbangan domestik.

“Cuti Krismas pergi Eropah lagi berbaloi,” kata @loveleena.

“RM2,600 boleh pergi beli tiket kapal KL-Paris sambung pula ke Iceland,” jelas @umie__.

“Kalau macam ini, baik ajak keluarga jumpa di luar negara, balik kampung sendiri pun mahal,” ujar @ibake browniesipoh.

Kosmo! Online semalam turut melaporkan harga tiket ke negeri Sarawak pada bulan Disember begitu mahal sehingga ada segelintir pengguna laman media sosial menyamakannya dengan kos penerbangan untuk ke London.

Kekecewaan terhadap harga tiket mahal itu dikongsikan penyanyi dan penari kebudayaan Alena Murang yang berasa kecewa dengan tindakan segelintir syarikat penerbangan mengambil kesempatan menaikkan harga tiket untuk ke negeri kelahirannya Sarawak.

Melalui satu perkongsian di laman sosial Instagram miliknya baru-baru ini, beliau terkejut apabila melihat tarikh tiket penerbangan yang hampir mencecah ribuan ringgit. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI