fbpx

Sayur di Selangor dijamin murah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAYURAN yang dijual PKPS di Pasar Borong Selangor, Seri Kembangan semalam.

SHAH ALAM – Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) memberi jaminan jualan produk sayur-sayuran pihaknya masih kekal pada harga rendah dan berpatutan.

Sayuran itu antaranya sawi hijau, brokoli, cili, kangkung, bayam merah, terung dan timun.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKPS, Dr. Mohamad Khairil Mohamad Razi berkata, pihaknya mempunyai mekanisme kawalan harga berikutan ladang di Sela­ngor Fruit Valley, Bestari Jaya turut mengeluarkan hasil sayuran sendiri.

“PKPS sebagai peneraju Inisiatif Jaminan Bekalan Selangor akan terus memikirkan kaedah membantu rakyat terutama dalam keadaan ekonomi yang tidak stabil.

“Justeru, kita memberi jaminan bahawa harga produk sa­yuran PKPS masih rendah dan berpatutan kepada pengguna,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Berita Berkaitan: Harga sayur paling mahal dalam 30 tahun

Kelmarin Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengesahkan kenaikan harga sayur-sayuran di pasaran tempatan ketika ini ada kaitan dengan peningkatan harga baja dan racun di pasaran dunia.

Jelas Mohamad Khairil, PKPS akan turut melancarkan kempen jualan mega jimat bagi memastikan rakyat negeri ini mendapat akses sayuran berkualiti pada harga rendah.

“Sebagai contoh, kita akan menjual sayur pak choy hanya RM3.50 per kg berbanding harga pasaran iaitu RM9, manakala kacang buncis dijual RM6 per kg berbanding RM15.

“Kempen jualan itu juga sebahagian daripada promosi memperkenalkan jenama komersial PKPS iaitu Ehsan kepada orang ramai,” ujarnya.

Tambah beliau, lokasi dan kaedah jualan akan dikongsi pihaknya menerusi laman Facebook dan Instagram PKPS. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI