fbpx

Saringan bergilir Covid-19 sekolah rendah setiap Rabu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) akan melaksanakan saringan bergilir Covid-19 bagi murid sekolah rendah pada setiap hari Rabu iaitu pada hari persekolahan.

KPM dalam satu kenyataan berkata, susulan itu, pihaknya akan mengeluarkan surat pemakluman berkenenaan pelaksanaan itu.

“KPM menyambut baik saranan Kementerian Kesihatan (KKM) dan akan melaksanakan 10 peratus sampel saringan Covid-19 secara mingguan dengan kaedah penggiliran selaras Strategi Pengujian Covid-19 Kebangsaan yang ditetapkan.

“KPM telah membekalkan Kit Ujian Kendiri Covid-19 ke sekolah rendah bagi memastikan ujian saringan itu dapat dilaksanakan seperti mana tatacara pelaksanaan ujian kendiri Covid-19 yang terkandung dalam Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0,” katanya tadi.

Tambah kenyataan itu, pihaknya juga menyarankan agar ketetapan terbabit turut terpakai di semua sekolah rendah institusi pendidikan swasta yang berdaftar bawah KPM. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI