fbpx

Remaja di KB, Bachok ramai jadi mangsa rogol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shafien (dua dari kanan) menyampaikan sijil penghargaan kepada petugas media pada Majlis Apresiasi Media bersama Polis Kontinjen Kelantan di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas, Pasir Mas semalam.

PASIR MAS – Penggunaan media sosial dan kurangnya pendidikan agama kepada golongan remaja dipercayai menjadi antara penyumbang kepada peningkatan sebanyak 8.1 peratus kes rogol di Kelantan pada tahun ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, peningkatan itu dapat dilihat apabila sebanyak 86 kes dilaporkan sehingga November tahun lalu manakala 96 kes dalam tempoh sama pada tahun ini.

Katanya, berdasarkan laporan, kebanyakan remaja berusia 18 tahun ke bawah di daerah Kota Bharu diikuti dengan Bachok paling ramai menjadi mangsa dalam jenayah rogol di negeri ini.

“Polis menerima laporan daripada keluarga mangsa selain daripada pihak hospital selepas mangsa dibawa untuk rawatan. Ada juga kes yang tidak dilaporkan kerana mangsa tidak mahu polis mengambil tindakan terhadap suspek yang juga teman lelakinya.

“Kebanyakan laporan yang diterima adalah kes suka sama suka antara mangsa dan suspek. Disebabkan mangsa bawah umur, kes diklasifikasikan sebagai rogol,” katanya pada sidang akhbar semasa menghadiri Majlis Apresiasi Media bersama Polis Kontinjen Kelantan di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas di sini semalam.

Mengulas lanjut, Shafien berkata, kebanyakan laporan dibuat selepas kejadian itu terbongkar kepada pengetahuan ibu bapa sehingga menyebabkan mereka tampil membuat laporan polis.

Menurutnya, lebih 90 peratus suspek kes rogol yang dilaporkan itu berjaya dikenal pasti malah ada yang sudah didakwa di mahkamah.

“Sehubungan dengan itu, saya menasihatkan kepada semua ibu bapa agar memantau pergerakan anak masing- masing bagi mengelak kejadian yang tidak diingini.

“Saya juga menyeru kepada semua pihak supaya mengambil berat kes melibatkan jenayah rogol selain memainkan peranan untuk menanganinya,” ujarnya. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI