fbpx

Pusat panggilan sindiket judi diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kes serbuan judi dalam talian oleh Bahagian Siasatan Jenayah (IPD) Sentul di Kuala Lumpur petang semalam.

PETALING JAYA – Polis menumpaskan sindiket perjudian atas talian selepas menyerbu sebuah rumah yang dijadikan sebagai ‘calling centre’ atau pusat panggilan sindiket judi di Kuala Lumpur semalam.

Serbuan di sebuah rumah kondominium pada pukul 4 petang itu dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya menahan dua lelaki warga tempatan termasuk tiga wanita warga asing berusia antara 20 hingga 27 tahun sebagai penjaga premis dan operator di premis tersebut.

Ujarnya, siasatan mendapati premis tersebut telah beroperasi sejak sebulan yang lalu dan berselindung di sebalik rumah pangsapuri persendirian.

”Pihak polis telah berjaya merampas satu unit komputer riba, empat unit CPU (unit pemprosesan pusat), sembilan unit telefon bimbit, lima unit tetikus, satu unit modem jenama TM, satu unit router, satu rangkai kunci dan sekeping kad akses rumah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ujar Eng Lai, kesemua suspek terbabit dalam aktiviti judi dalam talian dan kesemua tiga wanita warga asing tidak mempunyai permit yang sah.

”Kesemua suspek ditahan direman di IPD Sentul untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen, 6 (1) (C) Akta Imigresen 1959/63,” jelasnya.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI