fbpx

PRN Sarawak: Bersatu beri laluan pada GPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin.Gambar hiasan

PAGOH – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memutuskan untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak demi memberi laluan penuh kepada parti komponen mereka, Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira kemampuan GPS yang dilihat boleh memenangi kesemua 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sempena PRN, Disember ini.

Menurut beliau, tindakan itu dipercayai mampu memberikan kemenangan besar kepada GPS sekaligus membuktikan sokongan Bersatu yang menghormati parti berkenaan.

“Keputusan tidak mahu bertanding adalah bagi memastikan parti yang sudah ada di Sarawak itu menang dengan cemerlang dan itu juga hasrat pimpinan GPS,” katanya selepas merasmikan Persidangan Bersatu Bahagian Pagoh kali ke-3 di Dewan Belia Batu 28, Lenga, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) berkata, beliau tidak menolak kemungkinan GPS sedia bekerjasama dengan parti-parti komponen PN bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI