fbpx

Najib dakwa bukti penting kes 1MDB disembunyikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bekas Perdana Menteri, Najib Razak mengadakan sidang media setelah membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi hari Ini.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa terdapat pihak yang cuba menyembunyikan beberapa bukti penting berkaitan siasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn. Bhd.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, bukti berkenaan melibatkan transaksi wang 1MDB didakwa dan beberapa nama telah diserahkan agar dapat siasatan dapat dijalankan bagi merungkai maklumat yang sengaja disembunyikan.

“Saya membuat laporan hari ini bagi meminta pihak polis menyiasat beberapa bukti penting disembunyikan daripada pengetahuan saya dan dan pasukan guamannya berkaitan kes 1MDB dan SRC Sdn. Bhd.

“Maklumat tersebut boleh menjadi bahan kepada pembelaan dalam kedua-dua kes yang dikaitkan dengan diri saya,” katanya ketika ditemui di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini hari ini.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI