fbpx

Mohd. Zuki dilantik sebagai Pro Canselor UKM baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Canselor UKM, Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir berkenan mengisytiharkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki Ali sebagai Pro-Canselor UKM yang baharu.

PETALING JAYA – Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali dilantik sebagai Pro Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), berkuat kuasa 7 Oktober 2021 sehingga 6 Oktober 2024 bagi menggantikan Allahyarham Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid yang meninggal dunia pada 28 Ogos yang lepas.

Naib Canselor UKM, Datuk Mohd. Ekhwan Toriman berkata, Mohd. Zuki merupakan alumni dari Fakulti Ekonomi dan Pengurusan UKM pada tahun 1958 dan merupakan alumni pertama yang dilantik sebagai Pro Canselor.

“Dengan kewibaan Mohd. Zuki menerajui perkhidmatan awam, lantikan ini amat bertetapan dengan hasrat dan visi UKM untuk terus menggarap lebih banyak kecermelangan di persada nasional dan antarabangsa.

“Saya berharap pengiktirafan ini dapat menjadi sumber inspirasi kepada para alumni yang lain untuk kembali berbakti kepada universiti,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, anak jati Kuala Terengganu tersebut berkelulusan Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan (Kewangan) dari Universiti Teknologi Nanyang (NTU) Singapura, dan Massachusset Institute of Technolgy (MIT) USA pada tahun 1999.

“Sebelum ini, Mohd. Zuki telah berkhidmat di Kementerian Pendidikan (Penolong Setiausaha), Kementerian Pembangunan Luar Bandar (Pegawai Khas Menteri), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri), dan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri),” tambahnya.

Beliau turut diberi kepercayaan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk dilantik sebagai Setiausaha Kanan kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Selain itu, beliau juga pernah diberi amanah sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Jabatan Perdana Menteri; Ketua Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang; Setiausaha Persekutuan Sarawak; Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri; dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`; the status code is `520` and content-type is `text/html; charset=UTF-8`