fbpx

Mandi Safar : Jakim panggil penceramah terlibat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Ahmad Marzuk Shaary

KOTA BHARU – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan memanggil seorang penceramah yang membuat kenyataan mengelirukan mengenai amalan mandi Safar baru-baru ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, beliau sudah mengadakan perbincangan berhubung isu tersebut dan akan memantau perkara itu dengan kerjasama pihak Jakim.

Menurutnya, amalan mandi Safar itu jelas adalah khurafat kerana tiada bulan di dalam kalendar Islam yang menyatakan bahawa ada bulan-bulan tertentu sebagai sial.

“Amalan mandi Safar itu dilakukan pada zaman jahiliah dan ia tidak lagi diamalkan ketika ini. Berdasarkan apa yang dinyatakan oleh penceramah itu, amalan mandi Safar jelas khurafat.

“Insya-Allah, kita akan memanggil penceramah itu dalam masa terdekat untuk mendapatkan penjelasan mengenai perkara itu,” katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan bantuan kepada 18 keluarga mangsa kebakaran di Jalan Sultanah Zainab di sini hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial sesi kuliah seorang penceramah yang dijalankan secara dalam talian yang memberi kenyataan mengenai amalan mandi Safar.

Dalam sesi tersebut, penceramah terkenal dari Kelantan itu diminta untuk mengulas mengenai pengharaman amalan pada hari Rabu minggu terakhir pada bulan Safar yang dipercayai antara usaha untuk menolak bala sepanjang tahun.

Penceramah itu memaklumkan bahawa ulamak terdahulu telah membuat solat hajat dan membacakan pada air untuk mandi, basuh kereta atau minum supaya selamat.

Menurutnya, amalan itu hanya sekadar atas pendapat ulamak, namun amalan mandi Safar adalah satu usaha dan bukan satu perkara yang wajib dilakukan. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI