fbpx

Lima terbaik Asia sasaran Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JULIANI (kanan) menggesa rakan-rakan sepasukan untuk mempertahankan status Malaysia sebagai pasukan kelima terbaik Asia walaupun dibarisi 12 pemain tanpa pengalaman.

KAPTEN skuad projek khas wanita kebangsaan, Juliani Mohamad Din mahukan keputusan terbaik pada Trofi Juara-Juara Asia (ACT) di Donghae, Korea Selatan bulan depan meskipun menghantar ramai pemain muda.

Tonggak pertahanan berpengalaman itu menegaskan, mereka perlu mempertahankan status Malaysia sebagai pasukan kelima terbaik Asia walaupun dibarisi 12 pemain yang tidak ada pengalaman di pentas antarabangsa.

Bagaimanapun, Juliani, 36, enggan memberikan tekanan tinggi kepada barisan muda itu, sebaliknya mahu mereka memanfaatkan peluang untuk menonjolkan kemampuan dan menimba pengalaman seba­nyak mungkin.

“Ini adalah kejohanan antarabangsa pertama kami. Ini juga adalah platform untuk melihat prestasi individu terutama pemain-pemain muda.

“Secara peribadi, saya melihat ini sebagai sesuatu yang bagus kerana mereka dapat merasai pengalaman sebenar bermain di peringkat antarabangsa.

“Keputusan tetap pen­ting, kalau boleh nak kekalkan kedudukan lima terbaik Asia. Saya tidak mahu bagi tekanan tetapi harap mereka dapat berikan prestasi 100 peratus.

Skuad negara masih boleh mengharapkan beberapa lagi tonggak senior seperti dua pemain yang baru pulang daripada mewakili kelab England, East Grinstead HC iaitu Nuraini Abdul Rashid dan Fatin Shafika Mahd. Sukri.

Ketua jurulatih, Nasihin Nubli Ibrahim juga pastinya mempertaruhkan kemampuan seorang lagi pemain berpengalaman, Raja Norsharina Raja Shabuddin dan penjaring terbanyak Piala Tun Abdul Razak, Nuramirah Syakirah Zulkifli.

Sebagai rekod, Malaysia yang akan bertolak esok, bakal berdepan tuan rumah Korea Selatan, China, India, Jepun dan Thailand dalam saingan liga sepusingan dari 5 hingga 12 Disember ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI