fbpx

Ikan naik harga hanya sementara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Abu Hussin (dua dari kanan) menyerahkan kotak ikan berinsulasi kepada nelayan di Jeti Sungai Kelubong, di sini, hari ini. - MOHAMAD HAFIZI MOHD SAID

BUKIT GANTANG – Kenaikkan harga ikan di pasaran buat masa ini bersifat sementara ekoran kekurangan bekalan akibat musim tengkujuh.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata, bagaimana pun pihak LKIM sentiasa memantau bekalan ikan dipasaran bagi mengelakkan kenaikkan mendadak hingga membebankan pengguna.

“Ini normal yang berlaku dalam pasaran kerana apabila musim tengkujuh atau ribut di laut pendaratan ikan berkurangan sebab nelayan tidak ke laut, maka harga akan naik sikit.

“Jadi sekarang ikan yang disimpan peniaga secara sejuk beku akan dikeluarkan terlebih dahulu untuk menstabilkan pasaran,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Jelajah Prihatin Nelayan dan Penyerahan Bantuan Kotak Ikan Berinsulasi Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Sungai Tinggi, di Jeti Sungai Kelubong di sini,
hari ini.

Menurut Syed Abu Hussin, sekiranya bekalan ikan terputus pihaknya akan menambah bekalan ikan import bagi memenuhi penawaran dan permintaan pasaran dalam negara. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI