fbpx

Hanya 43 orang di dunia ada darah emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang wanita di Malaysia yang dilaporkan mempunyai kumpulan darah paling 'rare' di dunia.

PETALING JAYA – Menjadi seorang insan yang terpilih dan cukup ‘rare’ jika dibandingkan dengan orang kebanyakan lain semestinya menjadi satu kebanggaan kepada diri sendiri.

Ada yang mempunyai kelebihan dari segi kepakaran mengira dengan cepat, mempunyai anak mata berwarna hijau atau menjadi salah seorang manusia daya ingatan tinggi adalah satu kelebihan yang dianugerahkan oleh sang pencipta.

Mungkin masih ramai lagi yang tidak mengetahui mengenai ‘The Golden Blood’ (darah emas) yang dikatakan darah yang paling ‘rare’ atau sukar diperolehi di dunia.

Kebiasaannya kita hanya mendengar mengenai kumpulan darah O, B dan yang lain-lain, namun kali ini lain apabila pemilik kumpulan darah ini dilaporkan hanya 43 orang sahaja di seluruh dunia.

Kumpulan darah penderma ini ialah Rhnull, iaitu kumpulan darah paling sukar ditemui di dunia.

Paling mengejutkan daripada jumlah tersebut, rupa-rupanya negara kita juga bertuah apabila memiliki ‘wonder women’ yang turut tergolong dalam kumpulan darah ini.

Melalui satu perkongsian laman Facebook Derma Darah Terengganu Kite, seorang wanita tempatan dilaporkan memiliki keistimewaan ini setakat ini di Malaysia.

Jelas laman tersebut, darah yang didermakan akan dihantar ke Pusat Darah Negara, Kuala Lumpur untuk disejuk bekukan untuk disimpan.

“Seterusnya darah jenis ini akan disimpan dalam peti nitrogen dengan suhu – 80 darjah celsius selama 10 tahun.

“Jika ada pesakit yang memerlukan darah jenis ini, maka darah ini akan dicairkan untuk digunakan. You are the special one, sis!,” jelas laman tersebut. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI