fbpx

FAM tawar kontrak lanjutan buat Maloney

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MALONEY mendapat kepercayaan FAM apabila ditawarkan kontrak lanjut untuk menjadi ketua jurulatih skuad B-23 negara bagi saingan 2022.

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan sudah memberi surat tawaran rasmi buat Brad Maloney untuk menyam­bung kontrak menjadi ketua jurulatih skuad bawah 23 tahun (B-23) negara bagi saingan 2022.

Sebagai rekod, kontrak asal Maloney sebagai pengendali skuad B-19 negara bakal berakhir pada hujung bulan depan selepas berjaya membimbing pasukan B-23 menjuarai peringkat kelayakan Piala Asia B-23 2022 di Mongolia baru-baru ini.

Setiausaha Agung FAM, Mohd. Saifuddin Abu Bakar berkata, pihaknya memberi tawaran kepada Maloney dan kini hanya menunggu maklum balas sama ada bersetuju untuk kekal membimbing skuad muda negara pada masa akan datang.

“Kami beri tawaran rasmi kepada Maloney untuk menjadi ketua jurulatih skuad B-23 negara memandangkan skuad B-19 tiada tugasan antarabangsa.

“Kini, pihak FAM menunggu maklum balas daripada Maloney sekiranya berminat untuk kekal membimbing pasukan pada tahun depan. Buat masa ini dia sedang bercuti di Australia dan kami tidak mendesak dia untuk memberikan jawapan segera.

“Namun, jika dia tidak bersetuju dengan kontrak yang diberikan, FAM terpaksa mencari alternatif lain kerana skuad B-23 bakal mengharungi jadual padat pada tahun depan,” katanya ketika ditemui Kosmo! kelmarin.

Skuad muda kebangsaan bersaing pada dua kejohanan iaitu Kejuaraan AFF B-23 di Kemboja pada Februari dan Piala Asia B-23 di Uzbekistan Jun depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI